Friday 20 May 2011

Masalah penternakan itik

Penternakan itik tidaklah semudah yang dikatakan.. walaupun itik lasak berbanding ayam dari aspek ketahanan penyakit akan tetapi itik ada juga kelemahan yang menyebabkan ianya lagi cerewet berbanding ayam.

Sepanjang pengalaman menternak itik secara kecil-kecilan, itik merupakan haiwan yang sensitif terhadap persekitaran. perubahan cuaca atau persekitaran boleh menyebabkan itik ini tidak bertelur/ kurang produktiviti.
Sekiranya terdapat gangguan seperti gangguan tikus atau ular yang menyebabkan si itik ini terkejut boleh mengakibatkan si itik tidak bertelur untuk beberapa ketika.

menjaga anak itik yang berusia sehari cukup cerewet kerana tikus selalu menjadikan anak itik ini sebagai mangsa mereka. anak itik juga tidak diletakkan air di dalam kawsannya kerana si anak akan bermain air sehingga mati kesejukan. cara yang elok ialah campurkan sedikit air dengan makanan dan bagi kepada anak itik. selepas usia 2 minggu ke atas boleh la meletakkan air secara berasingan.

pemakanan itik juga tidak boleh ditukar sembarangan kerana ianya boleh mengakibatkan itik kurang bertelur. walaubagaimanapun itik boleh diajar dr awal menggunakan makanan semi komersial iaitu mencampurkan dedak(pellet) + hampas kelapa + baja ikan + beras temukut + kangkung. ada mcm2 cara yang di lakukan penternak bg mengurangkan kos makanan kerana dlm penternakan itik, makanan merupakan bebanan yang terpaksa di tanggung oleh penternak dr usia 1 hari hingga 24 minggu. kos makanan itik adalah dalam lingkungan RM 95 per 50 kg.

Untuk menjimatkan kos, penternak boleh berkongsi order untuk dptkan kos makanan yang rendah. membeli secara pukal iaitu 200 bag sekali pembelian.Kos penternakan itik untuk permulaan agak tinggi kerana perlu memastikan kawasan sekitarnya selamat dr gangguan, ular, tikus, helang dan pemangsa2 lain. kami counter masalah ini dengan membela angsa, anjing dan kucing serta menutup kawasan lapang tempat itik bermain dengan jaring hitam untuk mengelakkan serangan helang.

walaupun Itik amat cerewet berbanding ayam, permintaan terhadap telur itik adalah sangat tinggi di pasaran tempatan. Jika kena pada caranya, anda mampu menjadi usahawan itik yang berjaya pada masa yang singkat memandangkan permintaannya yang amat memberangsangkan.



Seven Links Agro