Assalamualaikum,
Potensi perniagaan 'Fresh Frozen Products' adalah sangat meluas di negara kita. Perniagaan Seperti ini memberi kelebihan kepada para peniaga dan juga kebaikan kepada para pengguna.
Perniagaan Produk sejuk beku selalu di kenali sebagai barangan sejuk beku seperti karipap, kuih muih dan sebagainya. Sebenarnya, produk sejuk beku segar adalah lebih meluas yang meliputi daging, barang makanan dan minuman yang di bekukan untuk menjamin kesegaran dan kualiti produk terbabit.
Di negara kita, Perniagaan 'Fresh Frozen Products' masih lagi jarang di teroka oleh peniaga bumiputera kerana faktor bekalan yang sukar diperolehi dari penternak bumiputera. Kebiasaannya, hanya Ramli dan Ayamas yang di kenali sebagai pelopor barangan sejuk beku proses berasaskan daging di negara kita.
Di luar negara, 'Fresh frozen Products' telah lama diperkenalkan dan telah menjadi satu keperluan pengguna di sana. Mengikut cara pengendalian daging yang baik, daging yang disejuk bekukan adalah lebih baik berbanding dari daging segar kerana proses penyejuk bekuan mampu membunuh atau dinyahaktifkan sesetengah bakteria. Ini secara tidak langsung mengurangkan kesan yang negatif kepada pengguna.
Di negara kita, pengguna masih memandang produk segar yang baru diproses atas faktor 'segar' berbanding produk sejuk beku. Tahukah anda yang produk sejuk beku dapat memastikan tahap kesegaran lebih lama berbanding produk segar di pasar basah yang terdedah dengan pelbagai bakteria .
Margin keuntungan produk sejuk beku segar ini juga tidak kurang hebatnya. bayangkan anda mampu memperolehi kadar keuntungan RM 100-200 dengan hanya menjual 20kg barangan sehari.
Cara pengendalian barangan sejuk beku juga adalah lebih mudah dengan hanya menyediakan 'Freezer' dan memastikan suhu di aras -18 darjah celcius.
Barangan sejuk beku mampu bertahan sehingga 12 bulan atau lebih, walaubagaimanapun kadar kesegaran produk ini berkurang setelah melepasi 6 Bulan dari tarikh di simpan. Berdasarkan permintaan sekarang di kedai kami, produk sejuk beku hanya di simpan tidak melebihi satu bulan kerana faktor demand di kalangan pengguna.
Melalui pengalaman kami juga, kebanyakkan pelanggan kami menyangka kami adalah peniaga bukan bumiputera kerana mereka tidak menyangka kaum bumiputera mampu menjalankan perniagaan seperti ini.
Alhamdulillah kami telah mengubah persepsi tersebut.
Kami sedang merancang untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan 'Fresh Frozen Products' Di negeri dan daerah lain melalui kerjasama para agent jualan dan pengedar barangan kami. InsyaAllah.
Sekiranya anda ingin mengetahui Potensi perniagaan ini, sila email kami di Sevenlinksagro@gmail.com / Sevenlinksfood@gmail.com.
Seven Links Agro
Seven Links Agro
Tuesday 29 April 2014
Saturday 26 April 2014
Permintaan online, wujud ke?
Assalamualaikum,
Abad ke 21 dikenali sebagai zaman millenium. Zaman millenium adalah zaman di mana penggunaan teknologi yang tiada sempadan sebagai contoh penggunaan peralatan komputeratas atas talian yang dapat menghubungkan semua umat manusia di atas muka bumi dengan hanya memerlukan sambungan internet.
Generasi Y merupakan generasi yang membesar pada tahun 90-an dan ke atas. Generasi ini dikenali sebagai generasi "Pencetus Perubahan'. Generasi ini merupakan generasi yang celik IT berbanding generasi sebelumnya. Generasi ini di kaitkan dengan Zaman millenium. Apakah impak pada pasaran Online?
Pasaran online (atas talian), merupakan pasaran yang tidak terhad. Di mana anda mampu mencari pelanggan di luar kawasan anda tanpa membazirkan banyak tenaga, masa dan wang. Untuk barangan Fresh Frozen Product, permintaan di atas talian juga tidak kurang hebatnya.
Kami sendiri menjalankan perniagaan di atas Talian. Kebiasaannya kami akan mengumpul pesanan beberapa pelanggan secara serentak dan akan menghantarnya terus kepada pelanggan atau menggunakan khidmat penghantaran luar.
Pasaran online ini wujud kesan daripada Zaman millenium dan celik IT generasi Y. Walaupun begitu, pasaran online boleh mengakibatkan kadar keuntungan anda lebih kecil atau tidak berbaloi kerana faktor persaingann harga yang ketara tanpa melihat kualiti produk yang di berikan serta para penternak kecilan yang baru ingin meneroka pasaran dengan bermain harga. Ianya mewujudkan persaingan sihat kerana kami juga akan melakukan penambah baikan yang dapat mengurangkan kos serta meminimumkan harga. Pun begitu ,atas faktor ini kami tidak selalunya menang dalam permintaan online, kerana kami menitik beratkan aspek kualiti dengan harga yang minima.
Walaubagaimanapun, pelanggan yang pernah mengambil produk dari kami, akan terus mengambil dari kami walaupun di tawarkan dari pesaing lain atas faktor kualiti dan asal usul produk kami. Dan kami percaya, hanya peniaga yang menjaga kualiti serta servis akan bertahan lama dalam industri yang di ceburi.
Sekiranya anda mempunyai produk sendiri, pastikan kualiti di utamakan sebelum di pasarkan kepada pengguna kerana pelanggan anda adalah 'promoter' yang paling berkesan dalam memasarkan produk anda dan seterusnya melonjakkan permintaan produk anda. Walaupun kami juga memasarkan produk keluaran bumiputera muslim lain, kami akan memastikan produk tersebut memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan kerana pelanggan berhak mendapatkan kualiti yang terbaik kerana kami percaya bahawa 'apa yang anda makan akan membentuk diri anda'. Oleh itu, aspek kualiti pemakanan adalah sesuatu yang patut dititik beratkan.
Perniagaan yang kami jalankan bukanlah secara sementara atau suka-suka kerana kami telah melaburkan sebahagian besar modal untuk menceburi dan menguasai pasaran Fresh frozen product ini. Oleh itu, kualiti adalah keutamaan kami.
wallahualam.
Seven Links

Subscribe to:
Posts (Atom)