Wednesday 15 February 2012

Angsa Haiwan yang unik

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang angsa. Angsa merupakan haiwan yang cukup bijak. ianya sangat setia kepada tuannya. Angsa juga boleh menjadi pengawal di kawasan rumah dan ladang2. kebiasannya angsa hanya baik dengan tuannya yang dijaga dari kecil. Angsa boleh menjadi lebih garang sekiranya diberi makan nasi panas. ianya telah terbukti apabila saya sendiri telah mencuba keatas angsa peliharaan saya sendiri.


 Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda :-( …Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa.

Angsa boleh dilatih dengan panggilan yang spesifik. biasanya jika anak angsa biasa mendengar gelaran diberikan kepadanya. apabila ia matang, sekirana gelarannya di panggil ia pasti akan datang terutamana suara yang biasa memanggilnya kedengaran. Kegarangan angsa bukanlah sesuatu yang menakutkan. ianya hanya bleh dijadkan sebagai peringatan kepada pemilik bahawa ada sesuatu yang tidak biasa dlihatnya kelihatan di persekitarn kawasan jagaannya.

sekiranya anda perasan, angsa tidak akan mengejar orang yang statik atau tidak lari darinya. angsa sangat suka mengejar anak-anak kecik kerana merasakan dirinya lebih besar dari anak-anak tersebut.


MENGENALI SPESIS ANGSA
dibawah ni ada beberapa spesis angsa yang biasa diternak…

Angsa Toulouse

Angsa Afrika

Angsa China

Angsa Embden

Angsa Pilgrim

Angsa Norwegian
Angsa Toulouse, Afrika dan Embden ialah yang paling berat, diikuti Angsa Pilgrim dan Angsa China paling ringan. Setahu saya angsa kelabu ialah yang paling murah, harga kebanyakan anak angsa baru menetas warna kelabu ialah RM 60 seekor dan angsa putih RM 90 seekor.
PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.
PEMAKANAN
Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…nescaya ia dapat menjimatkan petrol mesin rumput anda:-) Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya. Kat bawah ni ada jadual zat pemakanan seimbang bagi angsa. Pandai-pandailah anda fikir nak bagi camna…
Komposisi bahan Starter Grower-Finisher(Range)
Ground yellow corn 15 20
Ground barley 20 25
Ground oats 20 25
Meat scrap (50%) 2 3
Soybean oil meal (47%) 21,5 4
Dried whey 2 -
Dehidrated alfalfa meal (17%) 3 -
Dicalcium phosphate 0,5 -
Iodized salt 1 1
TOTAL 100 100
Tambahan:

Riboflavin 2 gram/ton -
Niacin 20 gram/ton -
Vitamin B12 6 miligram/ton -
PEMBIAKAN
Angsa seeloknya dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan” angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10 tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.
PENGERAMAN DAN PENETASAN
Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.

Sumber rujukan:
http://www.peternakan.com/


Seven Links Agro

No comments:

Post a Comment