Thursday 24 April 2014

Siapa Kami



Assalamualaikum,

Seven Links Agro di tubuhkan secara rasmi pada tahun 2011. Operasi secara tidak rasmi telah dijalankan sejak tahun 2009. Pada awal penubuhan, Seven Links Agro ditubuhkan dengan hasil usaha dan idea 3 orang sahabat. Kini Seven Links Agro telah mengorak langkah ke depan dengan mempunyai beberapa rakan ternak dan juga cawangan jualan di beberapa negeri. Hingga kini, Seven Links Agro telah membantu usahawan serta penternak bumiputera menjana pendapatan hasil keluaran bumiputera sendiri melalui jaringan perniagaan.

Walaupun Seven Links Agro masih baru dalam perniagaan ini, kini Seven Links mempunyai beberapa syarikat bersekutu di bawah payung yang sama iaitu Seven Links Food (rantaian Jualan) dan Juga Seven Links Properties (mengurus hartanah dan bangunan).

Kami mengalu alukan para penternak atau usahawan bumiputera muslim untuk bersama-sama kami mengembangkan lagi potensi perniagaan ini.

Insyaallah kami akan berusaha untuk memastikan kualiti dan servis kami berada di tahap optimum untuk menembusi pasaran tempatan terutamanya dalam membekalkan bekalan daging alternatif kepada pengguna.


Untuk Sebarang pertanyaan, sila kemukakan melalui email:

Sevenlinksagro@gmail.com, sevenlinksfood@gmail.com atau sevenlinksgroup@gmail.com






No comments:

Post a Comment