Tuesday 29 April 2014

Potensi Fresh Frozen products

Assalamualaikum,

Potensi perniagaan 'Fresh Frozen Products' adalah sangat meluas di negara kita. Perniagaan Seperti ini memberi kelebihan kepada para peniaga dan juga kebaikan kepada para pengguna.

Perniagaan Produk sejuk beku selalu di kenali sebagai barangan sejuk beku seperti karipap, kuih muih  dan sebagainya. Sebenarnya, produk sejuk beku segar adalah lebih meluas yang meliputi daging, barang makanan dan minuman yang di bekukan untuk menjamin kesegaran dan kualiti produk terbabit.

Di negara kita, Perniagaan 'Fresh Frozen Products' masih lagi jarang di teroka oleh peniaga bumiputera kerana faktor bekalan yang sukar diperolehi dari penternak bumiputera. Kebiasaannya, hanya Ramli dan Ayamas yang di kenali sebagai pelopor barangan sejuk beku proses berasaskan daging di negara kita.

Di luar negara, 'Fresh frozen Products' telah lama diperkenalkan dan telah menjadi satu keperluan pengguna di sana. Mengikut cara pengendalian daging yang baik, daging yang disejuk bekukan adalah lebih baik berbanding dari daging segar kerana proses penyejuk bekuan mampu membunuh atau dinyahaktifkan sesetengah bakteria. Ini secara tidak langsung mengurangkan kesan yang negatif kepada pengguna.

Di negara kita, pengguna masih memandang produk segar yang baru diproses atas faktor 'segar' berbanding produk sejuk beku. Tahukah anda yang produk sejuk beku dapat memastikan tahap kesegaran lebih lama berbanding produk segar di pasar basah yang terdedah dengan pelbagai bakteria .

Margin keuntungan produk sejuk beku segar ini juga tidak kurang hebatnya. bayangkan anda mampu memperolehi kadar keuntungan RM 100-200 dengan hanya menjual 20kg barangan sehari.

Cara pengendalian barangan sejuk beku juga adalah lebih mudah dengan hanya menyediakan 'Freezer' dan memastikan suhu di aras -18 darjah celcius.

Barangan sejuk beku mampu bertahan sehingga 12 bulan atau lebih, walaubagaimanapun kadar kesegaran produk ini berkurang setelah melepasi 6 Bulan dari tarikh di simpan. Berdasarkan permintaan sekarang di kedai kami, produk sejuk beku hanya di simpan tidak melebihi satu bulan kerana faktor demand di kalangan pengguna.

Melalui pengalaman kami juga, kebanyakkan pelanggan kami menyangka kami adalah peniaga bukan bumiputera kerana mereka tidak menyangka kaum bumiputera mampu menjalankan perniagaan seperti ini.
Alhamdulillah kami telah mengubah persepsi tersebut.

Kami sedang merancang untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan 'Fresh Frozen Products' Di negeri dan daerah lain melalui kerjasama para agent jualan dan pengedar barangan kami. InsyaAllah.

Sekiranya anda ingin mengetahui Potensi perniagaan ini, sila email kami di Sevenlinksagro@gmail.com / Sevenlinksfood@gmail.com.










Seven Links Agro

No comments:

Post a Comment