Friday 25 April 2014

Pasaran Daging Puyuh

Assalamualaikum,

Sepanjang penglibatan kami dalam perniagaan daging puyuh, ianya amat mendapat sambutan dikalangan pengguna terutamanya di kalangan pengguna melayu.

Di kalangan pengguna cina, kebiasannya mereka menggunakan puyuh untuk di buat sup apabila demam atau badan berasa lemah atau lesu

Daging puyuh merupakan antara sumber daging putih alternatif bagi daging ayam. Di anggarkan pengeluaran bulanan daging puyuh di malaysia melebihi 2 juta ekor sebulan.

Daging puyuh dipercayai mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding daging ayam kerana proses pembesaran daging puyuh adalah  secara normal tanpa sebarang vaksin diberikan.

Walaupun penggunaan dikalangan masyarakat melayu adalah tinggi, namu pengeluaran puyuh masih di dominasi oleh bukan bumiputera. Kami merupakan antara kalangan penternak bumiputera muslim yang cuba untuk menguasai sebahagian pasaran daging ini melalui rangkaian penternak dan usahawan bumiputera muslim.

Selain penggunaan harian di rumah, daging ini juga mendapat sambutan di kalangan pengusaha Restoran, Pasar malam, pasar tani atau pasar basah, Hotel, kedai frozen dan kedai daging.

kesedaran terhadap produk Muslim untuk semua pengguna makin meningkat dengan penerangan yang diberikan akan ketelitian dalam proses ternakan, pemprosesan hingga kepada pembungkusan. Ini secara tidak langsung mendidik para pengguna untuk mencari produk halal yang bukan sekadar di logo, tetapi halal dari semua aspek bagi memastikan ianya selamat kepada para pengguna.

kami juga berusaha untuk memastikan harga yang diberikan kepada pemborong atau peniaga(orang tengah) adalah setanding dengan harga yang diberikan oleh pengusaha bukan muslim dengan kualiti yang lebih terjamin.

wallahualam.



Seven Links Agro

No comments:

Post a Comment