Saturday 26 April 2014

Permintaan online, wujud ke?

Assalamualaikum,

Abad ke 21 dikenali sebagai zaman millenium. Zaman millenium adalah zaman di mana penggunaan teknologi yang tiada sempadan sebagai contoh penggunaan peralatan komputeratas atas talian yang dapat menghubungkan semua umat manusia di atas muka bumi dengan hanya memerlukan sambungan internet.

Generasi Y merupakan generasi yang membesar pada tahun  90-an dan ke atas. Generasi ini dikenali sebagai generasi "Pencetus Perubahan'.  Generasi ini merupakan generasi yang celik IT berbanding generasi sebelumnya. Generasi ini di kaitkan dengan Zaman millenium. Apakah impak pada pasaran Online?


Pasaran online (atas talian), merupakan pasaran yang tidak terhad. Di mana anda mampu mencari pelanggan di luar kawasan anda tanpa membazirkan banyak tenaga, masa dan wang. Untuk barangan Fresh Frozen Product, permintaan di atas talian juga tidak kurang hebatnya.

Kami sendiri menjalankan perniagaan di atas Talian. Kebiasaannya kami akan mengumpul pesanan beberapa pelanggan secara serentak dan akan menghantarnya terus kepada pelanggan atau menggunakan khidmat penghantaran luar.

Pasaran online ini wujud kesan daripada Zaman millenium dan celik IT generasi Y. Walaupun begitu, pasaran online boleh mengakibatkan kadar keuntungan anda lebih kecil atau tidak berbaloi kerana faktor persaingann harga yang ketara tanpa melihat kualiti produk yang di berikan serta para penternak kecilan yang baru ingin meneroka pasaran dengan bermain harga. Ianya mewujudkan persaingan sihat kerana kami juga akan melakukan penambah baikan yang dapat mengurangkan kos serta meminimumkan harga. Pun begitu ,atas  faktor ini kami tidak selalunya menang dalam permintaan online, kerana kami menitik beratkan aspek kualiti dengan harga yang minima.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang pernah mengambil produk dari kami, akan terus mengambil dari kami walaupun di tawarkan dari pesaing lain atas faktor kualiti dan asal usul produk kami. Dan kami percaya, hanya peniaga yang menjaga kualiti serta servis akan bertahan lama dalam industri yang di ceburi.

Sekiranya anda mempunyai produk sendiri, pastikan kualiti di utamakan sebelum di pasarkan kepada pengguna kerana pelanggan anda adalah 'promoter' yang paling berkesan dalam memasarkan produk anda dan seterusnya melonjakkan permintaan produk anda. Walaupun kami juga memasarkan produk keluaran bumiputera muslim lain, kami akan memastikan produk tersebut memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan kerana pelanggan berhak mendapatkan kualiti yang terbaik kerana kami percaya bahawa 'apa yang anda makan akan membentuk diri anda'. Oleh itu, aspek kualiti pemakanan adalah sesuatu yang patut dititik beratkan.



Perniagaan yang kami jalankan bukanlah secara sementara atau suka-suka kerana kami telah melaburkan sebahagian besar modal untuk menceburi dan menguasai pasaran Fresh frozen product ini. Oleh itu, kualiti adalah keutamaan kami.

 wallahualam.

Seven Links


No comments:

Post a Comment